Sejak dulu lagi,
Lelaki telah diberikan tugasan,
Selain menjadi pemimpin dan khalifah,
Lelaki juga perlu mencari tulang rusuk kirinya yang telah lama hilang.
Mencari semula tulang rusuk kiri bukan lah mudah,
Ramai yang jumpa,
Tetapi ia bukanlah miliknya,
Akhirnya,
Tulang rusuk itu patah,
Lalu melukakan hati si lelaki itu.
Ada lelaki yang terlalu takut untuk mencari,
Mungkin kerana takut tersalah pilih,
Mungkin juga fobia kerana tulang yang dijumpai pernah patah,
Tapi itu lah harga yang perlu dibayar untuk mencari tulangnya yang sebenar.
Ada lelaki yang sanggup menanti dan terus mencari.
Kerana dia tahu,
Tulangnya itu ada dan masih bersembunyi,
Oleh sebab itu,
Lelaki sanggup menanti lama,
Hanya untuk memastikan,
Yang tulang rusuk itu,
Benar-benar miliknya.
And I'll be waiting for it and I'll keep on searching for the right one.