Wednesday, January 26, 2011

Satu Tujuh Minit Pagi

Bila minda memandu pergi meninggalkan diri,
Sangkar-sangkar nafsu terbiar sepi,
Tersengih para banduan menanti,
Menunggu syaitan membuka kunci..

Kebebasan yang dinanti kini dimiliki,
Seluruh tubuh mereka jelajahi,
Mencari-cari kawasan yang keji,
Agar mudah untuk dieksploitasi..

Pakukan Iman di dalam diri,
Simenkan keyakinan pada Ilahi,
Ingatlah bahawa ini semua duniawi,
Disana jualah kekal abadi..

0 membulatkan perut: