Monday, March 14, 2011

Syukur

Sejak tengah bulat 2 kerja-kerja sudah mula menjengah dengan gembiranya.
Kelas pon dah berkali-kali terlepas dan sengaja dilepaskan.
Bayangkan, masuk kerja pukul 9 pagi balik pukul 10 malam..
Kalau lama-lama macam ni,
Boleh request mintak anugerah pekerja terbaik dari bos :p

Walau pun kerja banyak,
Namun aku bersyukur kepada Allah,
Kerana dengan nikmat dan kurniaNya,
Aku mempunyai pekerjaan dan mampu mencari rezeki yang halal..

Di saat ramai para graduan yang keluar universiti tetapi menganggur,
Aku pula sudah mempunyai pekerjaan tetap walaupun masih jauh pengajian ku..
Dan tanggal 1 Mac yang lepas,
Maka cukup lah setahun aku bekerja..
Syukur kepada Allah..

Juga terima kasih kepada majikanku yang berani mengambil risiko untuk menggaji ku disaat aku masih tidak mempunyai apa-apa pengalaman.
Sesungguhnya, jasa kalian terlalu besar buat diriku yang kerdil ini

0 membulatkan perut: